Hari Kecemerlangan SJKC Kampung Baru Mambau

Sunday, November 14, 2010


Pada 12-11-2010(Jumaat) yang lalu SJK(C) Kg. Baru Mambau telah menganjurkan Hari Kecemerlangan ke-51.
Ramai ibubapa yang hadir pada malam tersebut. Penonton-penonton terhibur dengan pelbagai acara yang dipersembahkan oleh murid-murid. Antara persembahan yang diadakan adalah tarian, koir, drama dan lain-lain.




Keputusan UPSR


Seramai 15 murid mendapat 7A, 17 murid mendapat 6A 1B. Terdapat peningkatan keputusan perseorangan berbanding dengan tahun lepas.

Hari Kanak-kanak SJK(C) Kg. Baru Mambau

Thursday, November 11, 2010






Pada 8hb. Oktober,2010, Sekolah SJK(C) Kg. Baru Mambau meraikan Hari Kanak-kanak. Pada hari ini sekolah mengadakan pertandingan menyanyi antara kelas-kelas.

Kem Motivasi

Pada 24hb dan 25hb. September,2010, sekolah SJK(C) Kg. Baru Mambau telah mengadakan Kem Motivasi. Selepas ujian UPSR murid-murid Tahun Enam mempunyai masa lapang untuk mengahadiri kem ini. Ia bertujuan melatih murid-murid berdikari dan terdedah kepada pengetahuan dan pengalaman yang tidak terdapat dalam kehidupan seharian mereka.

Bangunan Sekolah

Wednesday, June 24, 2009


Berita2

Pada 16 dan 17 April 2009. Pusat Kegiatan Guru Johol telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web khusus kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sebagai langkah persediaan untuk pertandingan Laman Web Majlis Teknopen N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Peserta telah menunjukkan kesungguhan dan minat membina Laman Web Pusat Sumber mereka sendiri. Keseluruhannya sebanyak 17 buah sekolah telah mewujudkan Laman Webnya dengan begitu menarik dan kreatif. En. Shafi’e bin Diron PTP PKG Johol merupakan fasalitator bagi bengkel tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru GPM di atas kerjasama dan dapat menyiapkan tugasan mereka

Berita1


Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.